wibiya widget

Selasa, 20 Mei 2008

Serangan Amerika Terhadap Iran ? Tidak Mungkin, Roberts Gates



Oleh soudine75

"
 Ketika Isu Nuklear semakin sejuk dan Russia dengan tekun membantu Iran membikin senjata itu. Media-media barat diluar sana mula memperlihatkan isu-isu yang jarang kedengaran di Malaysia malah tidak menjadi perhatian sama sekali kepada para penganalisis politik Timur Tengah di Malaysia.

Sebelum ini, kepabanyakan para penganalisis begitu bersemangat untuk merealisasikan teori mereka - Serangan Amerika Terhadap Iran akan berlaku. Kata-kata sebegini tidak menghairankan saya kerana isu ini sangat popular di Barat bahkan dalam tulisan mereka dengan memetik kata-kata para jeneral Amerika sendiri berapi-api memperkatakan tentang hal itu bahkan menurut pengalisis dan para jeneral barat sendiri sudah menetapkan beberapa tarikh yang sesuai untuk serangan itu


. sesiapa yang membaca tulisan mereka pasti terpesona dan mempercayai tarikh berkenaan. Apa yang pasti beberapa tarikh serangan itu kini hanya menjadi jenaka sahaja dan berlalu dengan pembohongan yang nyata.

Benarkah Iran akan diserang ? Saya pernah memberi komen dan cuba meng-emailkan kepada RTM dalam diskusi mereka. namun pandangan saya ternyata berlainan dengan umum yang begitu bersemangat untuk melihat kehebatan Iran berhadapan dengan Amerika dalam perang yang bakal berlaku.

Dengan faktor yang berlainan antara Iran dan Iraq, Iran tidak mungkin menghadapi serangan kecualilah bumi Iraq dan negara-negara Arab sudah kekeringan simpanan minyak mereka dan keadaan pada ketika itu semestinya dan hanyalah Iran sahaja yang menyimpan bahan api itu.Itulah faktor terbesar.

Berbalik kepada sejarah, tidak pernah berlaku mana-mana kuasa Syiah akan berperang dengan Yahudi Kristian untuk membela dan menstabilkan negara Sunnah yang lain. Salahuddin al-Ayyubi telah merasai perbuatan cela Syiah Fatimiah yang bersekongkol dengan kuasa Kristian dalam peperangan Salib. Daulah Uthmaniyyah di Turki begitu lama berperang dengan Syiah Safawiyyah Imamiyyah di utara Iran yang berpusat di Tabriz ketika itu. Safawiyyah sedia bekerjasama dengan Kristian demi berhadapan dengan negara musuh tradisi - Sunnah Uthmaniyyah pada masa lampau. Lihatlah pengkhianatan pemimpin Syiah di benua India terhadap negara muslim sunnah di benua itu ketika itu dengan bekerjasama dengan Inggeris.

Kes Afghanistan dan Iraq sepatutnya menjadi bahan amat berguna kepada para pengkaji dalam mengkaji hubungan antara Iran dan Amerika. Malah lebih mendalam lagi ialah hubungan dengan Iran dengan Israel. Kini pengakuan demi pengakuan mula timbul dalam media mengungkap rahsia disebalik permusuhan sebenar antara Iran dan Amerika/Yahudi.

Bermula satu isu yang menjadi kontroversi sehingga kini di Kongres, Iran-Contra - penjualan senjata Amerika kepada Iran melalui tangan Israel semasa perang Iran-Iraq dahulu, sangat menghairankan tiada seorang pun penganalisis politik mengulas isu yang begitu panas di Amerika yang melibatkan hampir separuh daripada pegawai-pegawai Bush hari ini (termasuk Roberts Gates - SU Negara Amerika terkini). Ia tidak menghairankan kerana ketika itu Saddam merupakan sekutu utama kepada Amerika manakala Iran perlu ditonjolkan sebagai musuh utama Amerika yang sewajarnya tidak pernah berhubungan dengan Amerika. Kejayaan media menonjolkan Khomeini dan Iran sebagai musuh utama langsung menutupi kes Iran Contra (Penjualan Senjata Amerika kepada Iran) dan October Surprise yang dirangka oleh Ronald Reagan dan Bush Tua bersama pegawai-pegawai Khomeini yang diketuai oleh Presiden Bani Sadr di negara tempat Khomeini dibuang bagi mengurung tebusan lebih 50 tebusan diplomatik Amerika dalam tempoh yang lama di Teheran untuk kempen Ronald Reagan bagi menewaskan Jimmy Carter dalam pilihanraya Presiden.

Sumbangan Iran ternyata berkesan dan besar sekali kepada Presiden Amerika atas alasan itu Iran yang bertahun-tahun menjadi paksi kejahatan dan musuh pertama Amerika sehingga hari ini tidak pernah menerima sebiji bom palsu pun daripada Amerika. Sebaliknya kejahatan Saddam terhadap Iran dalam perang teluk dahulu menjadi alasan terkuat bagi Amerika menabalkan kuasa Syiah di Iraq pada 20 April 2003 sehingga hari ini dengan bantuan Iran.

Fakta yang dikemukakan bukanlah omong-omong yang kosong atau ciptaan. Bekas Naib Presiden kepada Presiden Iran Hujjatullah Mohamad Khatami yang bernama Mohd Ali al-Abtahi berkata : "Jika tidak kerana Iran Kabul dan Baghdad tidak akan jatuh ke tangan Amerika".

Pada 2 Februari 2008, Duta U.S ke PBB yang juga bekas Duta U.S ke Iraq yang sangat popular Zalmay Khalilzad - merupakan salah seorang pencatur serangan terhadap Iraq mengakui sumbangan Iran kepada kejatuhan Afghanistan dan Baghdad melalui kerjasama antara Iran dan Amerika, malah beliau sendiri merupakan juru runding antara kedua-dua kerajaan itu. [sumber, lihat -http://islammemo.cc/article1.aspx?id=58977 ].

Kita telah diperdayakan oleh media-media barat kononnya Iran menolong dan melindungi pejuang Taleban dan Al-Qaeda. Tetapi hakikat ini dijelaskan dengan terperinci oleh pegawai-pegawai NATO di Afghanistan bahawa Iran tidak pernah membantu pejuang Taleban. [sumber -http://islammemo.cc/article1.aspx?id=57472].Saya jelaskan dengan tegas kebencian Iran terhadap Taleban berpunca kerana Taelban Afghanistan merupakan pejuang Sunnah sejati diatas aqidah dan pegangan itu sangat dibenci oleh Iran yang menganut agama Syiah. Sebahagian manusia diluar sana pasti mengatakan fakta ini cuba mengapi-apikan permusuhan Sunni-Syi'ie. Itu berdasarkan kedangkalan semata-mata dan tidak mahu berpijak pada bumi yang nyata. Bahkan atas dasar itu Iran memusuhi gerakan al-Qaeda dan sanggup bekerjasama menyerahkan pejuang-pejuang kumpulan itu kepada Amerika demi konsep bersama memerangi keganasan.

Sebagai melengkapkan bukti, dalam pertemuan antara Presiden Afghanistan Hamid Karzai dan Manushehr Muttaki, Menteri Luar Iran, Presiden Afghan menjelaskan secara terbuka perbuatan Iran bersama Amerika untuk melenyapkan Afghanistan. kemudiannya Muttaki mengesahkannya dengan terperinci. [Sumber - http://islammemo.cc/article1.aspx?id=41838 ]. Satu keadaan agak pelik Iran bermusuhan dengan Amerika tetapi bekerjasama rapat dengan tali barut Amerika Hamid Karzai di Afghanistan dan Nuri al-Maliki di Iraq, termasuk juga dengan kerajaan India bagi kerjasama Nuklear. Perjanjian Bonn atau Bonn Conference telah merekodkan dengan baik kemesraan Amerika dan Iran untuk melenyapkan Taleban Afghanistan.

Di Iraq kerjasama antara Iran dan Amerika tidak menjadi rahsia kepada penganalisis Barat. Bekas Menteri Luar Britain, Jack Straw merupakan penghubung antara Britain/U.S bagi memujuk Hashemi Rafsanjani sebelum serangan 2003. Amerika merupakan penyambung nyawa kepada parti-parti Syiah seperti SCIRI dan Parti Da'wa Islamiyyah begitu juga Kurdis sekular yang nazak semasa Saddam berkuasa . Pemimpin SCIRI, Mohamad Baqir al-Hakim dan saudaranya Abd. Aziz al-Hakim berada dalam buangan di Iran. merekan ditaja oleh Amerika melalui Ahmad Chalabi, Syiah tali barut Amerika di London yang sentiasa berulang alik ke Iran.

Hari ini majoriti yang berada diatas tampuk pemerintahan Iraq ialah Syiah. Majoriti tenteranya adalah Syiah. Sunnah telah dihalau beratus ribu setiap bulan menurut angka yang dikeluarkan oleh PBB. Pembersihan etnik yang didalangi oleh kumpulan militia maut Syiah dan Tentera Mehdi pasti mensasarkan penduduk Sunnah. media menghebohkan pertembungan antara tentera Mehdi dan tentera penceroboh tetapi yang peliknya yang terbunuh ialah puluhan ribu penduduk Sunnah. Itulah cerita sebenar di Fallujah yang terkenal satu masa dahulu. Dunia melupakan Fallujah itu sebenarnya kawasan ulama'-ulama terbilang ahli Sunnah. Hakikatnya, memang benar tentera Mehdi bertembung dengan tentera penjajah tetapi disusuli dengan campurtangan kerajaan Syiah yang mana pengikut-pengikut Muqtada Sadr merupakan antara kelompok terbesar dalam kerajaan Iraq. Perdamaian menyusuli pertempuran antara mereka tetapi Ahli Sunnah menjadi mangsa yang hakiki. Pengakuan pegawai kerajaan Iraq hari ini bahawa majoriti terbesar dalam penjara Iraq hari ini ialah Ahli Sunnah.

Pokok persoalan ialah kemana pergi Syria yang dimomokkan paksi kejahatan bersama Korea Utara dan Iran ? Kemana pergi yang menyatakan Syria adalah mangsa selepas Iraq ? Benarkah Iran adalah mangsa seterusnya setelah Syria lenyap tanpa berita ? penulis yang sentiasa mengikuti permainan media dan pencatur-pencatur antara Iran dan Amerika sangat lucu bila mana Iran mempersendakan resolusi PBB satu persatu berkaitan isu nuklear sementara pihak Amerika pula meneruskan lakonan Charli Chaplin dengan kata-kata. Iran akan diajar secukupnya, serangan keatas Iran tidak dapat dielakkan, Amerika bersedia menyerang Iran. Peristiwa ini ditutup dengan penahanan 15 mariner Britain di Shatt al-Arab. Penulis melayari akhbar Iran bahawa pelayar Britain sebelumnya sudah beberapa kali ditahan sebelum itu tetapi dilepaskan setelah berunding tetapi kali ini kenapa menjadi isu? Tidak berapa lama setelah dipulangkan askar marinnya, Britain pula memujuk Amerika supaya jangan menyerang Iran. Permainan ini cukup hebat memperbodohkan seluruh dunia. Hakikatnya Britain la yang mempelawa Iran melanggar Saddam bagi membalas dendam perang lapan tahun dengan Iraq.

Hari ini keadaan kucar-kacir di Iraq yang mana tentera Amerika dan kerajaan Syiah Iraq terpaksa berhadapan dengan serangan sengit pejuang Sunnah dari kelompok mujahidin Daulah Islamiah Iraq yang bergabung dengan Al-Qaeda di Iraq telah membuka mata semua pihak betapa Iran dan Syria itu bukan musuh sebenar bagi Amerika. Mereka telah bertemu banyak kali bagi mendapatkan sokongan Iran dan Syria membela kerajaan Syiah Iraq. Serangan yang bertalu-talu telah banyak merugikan Amerika. Bagi mempertahankan kerajaan sedia ada Amerika berharap Iran dan Syria menyokong tentera kerajaan dan Syiah untuk berhadapan dengan pejuang Sunnah yang berasal dari muslim sunnah Iraq, Sudan, Ikhwan Syria, jordan, Mesir dan Libya yang berjuang di pihak barisan al-Qaeda di Iraq. Iran diperlukan bagi mengekang percubaan Muqtada Sadr untuk memerintah Iraq bagi menggantikan Nuri al-Maliki yang akan merombakkan sistem demokrasi di Iraq dan mengakibatkan kerugian Amerika untuk membolot telaga-telaga minyak.

Kerjasama dengan Iran pasti menjadi keutamaan Amerika. Ia adalah jawapan utama Bush apabila disoal oleh media dan ucapan-ucapan beliau di kongres. katanya, Diplomasi adalah pilihan utama kita dalam berhadapan dengan Iran. Kata-kata ini telah lama dikumandangkan sejak isu nuklear tercetus disebalik kata-kata para jeneral perang yang ingin melaksanakan perang terhadap Iran. Terbaru, laporan akhbar Independent 13/4/2008, Robert Gates berkata - tidak mungkin kami akan menyerang Iran. [Sumber - http://islammemo.cc/akhbar/American/2008/04/13/62410.html] . Akhbar yang sama bertarikh yang sama telah mendedahkan betapa kerjasama antara kedua-dua negara secara rahsia telah berlaku di banyak tempat.[sumber - http://islammemo.cc/akhbar/arab/2008/04/14/62416.html].

Adalah menjadi perkara sangat pelik disebalik isu nuklear yang sangat besar nilai kesannnya kepada dunia dan keutamaannya kepada masyarakat dunia, kedua-dua negara sanggup ketepikannya demi keselamatan di Iraq.

Dari satu keadaan, kita timbulkan persoalan tidakkah ia memberi peluang kepada Iran menyiapkan dengan segera senjata nuklearnya sebelum Amerika menyerangnya atau bahasa kampungnya mengapakah bodohnya Amerika nak tunggu nuklear siap baru nak serang Iran bukankah mereka tidak ketahui yang membina senjata Iran itu ialah Russia dan China yang berfahaman komunis dan merupakan musuh tradisi mereka zaman berzaman. Penulis ada jawapan lain kebenarannya ialah ucapan Bush, Khalilzad dan Roberts Gates bahawa - Amerika tidak akan menyerang Iraq dan akan utamakan diplomasi ketika berhadapan dengan Iran.

Justeru senjata nuklear Iran itu untuk siapa? Khalilzad berkata Amerika bersedia bekerjasama dengan Iran jika berlaku negara-negara Arab memulaukan Iran dalam isu berkaitan Iraq. [sumber - http://islammemo.cc/akhbar/arab/2008/05/17/64007.html ] Apakah senjata itu untuk negara-negara Arab ? Apakah penguasaan Syiah di Lubnan hari ini yang sedang bergolak menandakan titik mula penguasaan Amerika bersama Iran di Timur Tengah ? Wallahu A'lam !

shaemys@hotmail.com

Ahad, 11 Mei 2008

SOLAT 5 WAKTU; 80 PERATUS TIDAK MENGERJAKAN NYA



by:mujahid304

" SOLAT atau sembahyang merupakan ibadat yang amat penting bagi setiap Muslim yang mukalaf kerana ia adalah fardu ain. Ini diperkuatkan dengan ebuah hadis Nabi yang bermaksud; "Solat itu tiang agama, sesiapa yang mendirikan solat bererti mendirikan agama dan sesiapa yang meninggalkan solat bererti ia meninggalkan agama." Pun begitu, pakar motivasi dan penceramah bebas terkemuka, Datuk Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, mendedahkan 80 peratus umat Islam di Malaysia masih tidak menyempurnakan solat lima waktu dalam sehari. Peratusan angka ini diperoleh melalui tinjauan beliau menerusi program-program ceramah dan motivasi, yang dijalankan di seluruh negara serta pemerhatian terhadap gaya hidup masyarakat Islam masa kini.

"Mereka boleh berada di padang bola lebih dari satu jam, peniaga pasar malam terlalu sibuk melayan pelanggan sehingga terlupa menunaikan solat biarpun hanya mengambil masa 15 atau 20 minit. Malah ada juga yang sanggup embuang masa di pusat membeli-belah, pusat karaoke, menyaksikan konsert, menonton perlawanan bola sepak, terlibat dengan lumba motor haram selama
berjam-jam tetapi mengabaikan taklif agama yang mengambil masa pendek,"Kata Dr. Fadzilah dengan suara tersekat-sekat menahan sebak pada majlis pelancaran album motivasinya yang berlangsung di salah sebuah hotel terkemuka di Jalan Pahang, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Tambah beliau, hanya sekitar 17 hingga 20 peratus yang menunaikan solat fardu cukup lima waktu dalam sehari. Jumlah ini terlalu kecil sekiranya dibandingkan dengan jumlah penganut agama Islam di negara ini. Lebih menyedihkan, senario yang berlaku di kalangan pelajar sekolah menengah, iaitu hanya 15 peratus sahaja mengakui bersembahyang lima kali sehari.

Kekecewaan dan kebimbangan Dr. Fadzilah jelas tergambar apabila beliau tidak dapat membendung air mata dan menangis, membuatkan hadirin tergamam seketika. "Biarpun masa yang diperlukan itu pendek, tetapi banyak orang yang ingkar untuk melakukannya kerana tidak menghayati ibadah tersebut, natijah daripada tidak ada latar belakang pembelajaran agama. Kewajipan
solat sering dipandang remeh atau dianggap tidak ada nilai sensasi untuk diketengahkan kepada umum. Namun hakikatnya, ia terpaksa disampaikan ke pengetahuan semua kerana saya khuatir umat Islam akan menuju kehancuran apabila umatnya sudah seperti penganut agama lain yang sembahyang mengikut kehendak sendiri atau suka-suka sahaja," terang beliau.

Kata Dr. Fadzilah lagi, kepincangan ini terpikul di bahu setiap individu Islam itu sendiri, bak kata pepatah Melayu, tepuk dada tanya hati. Di dalam al-Quran, banyak firman Allah yang memerintahkan kita mengerjakan solat, antaranya dalam surah al-Baqarah ayat 43 yang bermaksud; "Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang yang rukuk." Ini menjelaskan kepada kita ahawa orang yang menunaikan solat sebenarnya telah menunaikan tanggungjawabnya dan dikasihi oleh Allah dan rasul-Nya kerana mengikut ajaran Islam.

"Semua pihak kena peka terutamanya ibu bapa kerana tidak menerapkan ewajipan ini menjadi amalan harian di dalam diri anak-anak. Rasa kasihan untuk mengejutkan anak solat Subuh merupakan salah satu contoh kerugian besar dan cara yang salah dalam mempamerkan kasih sayang kepada anak.

Sebenarnya di dalam solat manusia diajak untuk mengabdikan diri kepada Allah. Selain itu, solat merupakan benteng diri daripada melakukan perkara-perkara mungkar. Orang yang melakukan solat juga mampu menjadi orang yang melaksanakan tanggungjawab kepada diri, keluarga, masyarakat dan agama," kata Fadzilah.

Menurut beliau lagi, terdapat banyak sebab rapuhnya keimanan seseorang itu; kerana suasana kerja, pengaruh teman-teman, pengaruh luar yang tidak menggalakkan dan sebagainya. Namun, punca sebenar berlakunya demikian ialah kerana tidak ada rasa tanggungjawab atau minat untuk menunaikan sembahyang, kerana tidak memahami rahsia-rahsia keperluan sembahyang. Dr. Fadzilah
mengakui kebenaran bahawa manusia lebih peka menumpukan perolehan yang bersifat material. "Allah swt menyuruh agar manusia menjadikan dunia ini laluan bagi kehidupan di akhirat, tetapi manusia sering mengeksploitasi hidup di dunia ini, seumpama hidup yang kekal, menyebabkan mereka lupa hidup di akhirat dan membelakangkan perintah-perintah-Nya," katanya lagi.

Wallahualam bissawab.

kunjungilah blog kami di

Adakah kita mahu seperti ini??

KAMAL ATARTURK
Assalammulaikum

Buat renungan semua pembaca..renungkanlah apa yang tersurat dan tersirat semoga dapat iktibar dan pengajaran.

Teladan Dari Kisah Hidup Mustafa Kamal Atartuk

IDEOLOGI KAMAL ATARTUK DI TURKI
1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt/ROK.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tie dan topi (sesuai dengan kehendak barat).
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden."
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
10. Agama Islam juga dibuang sebagai Agama Rasmi negara.
11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara Islam.
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya, "siapa tuhan dan di mana tuhan tinggal?" Oleh kerana takut, askar tersebut menjawab, "Kamal Atartuk adalah tuhan." Beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

KEMATIAN KAMAL ATARTUK YANG MENYEKSAKAN

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia. Antaranya ialah:

1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung.
3. Penyakit darah tinggi.
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau. Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang.

Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggungjawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk. Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang!

Pada 26 September 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan. Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia.

Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayat ini diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.

Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya dibawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (saya tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953).

Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 ton. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa, "jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!" Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.


Nauzubillah.

Gaji Menteri-Menteri Di Malaysia

by:wanqie

"Pihak kami telah menerima satu e-mel yang mendedahkan maklumat bagaimana banyaknya wang rakyat dibelanjakan oleh Menteri-menteri di Malaysia. Walau begitu banyak wang gaji mereka, mereka ini masih rakus dengan mengaut pelbagai projek.

Rakyat yang miskin, makin miskin dan ditindas dengan pelbagai kenaikan harga barang. Para menteri tidak menghiraukan nasib rakyat, mereka sekadar berlakon menunjukkan simpati tetapi mereka sebenarnya dalang kenaikan barang di Malaysia

Pihak kami telah menerima satu e-mel yang mendedahkan maklumat bagaimana banyaknya wang rakyat dibelanjakan oleh Menteri-menteri di Malaysia. Walau begitu banyak wang gaji mereka, mereka ini masih rakus dengan mengaut pelbagai projek.

Rakyat yang miskin, makin miskin dan ditindas dengan pelbagai kenaikan harga barang. Para menteri tidak menghiraukan nasib rakyat, mereka sekadar berlakon menunjukkan simpati tetapi mereka sebenarnya dalang kenaikan barang di Malaysia

asalamualaikum dan Salam Sejahtera,
tuan dan puan,

Untuk makluman semua ini adalah pendedahan dari salah seorang Pegawai Bahagian Kewangan, Di Jabatan Perdana Menteri. Pendedahan ini mengenai Slip Pendapatan Bulanan Menteri dan Timbalan Menteri di Malaysia. Hanya pegawai-pegawai tertentu sahaja dibenarkan menguruskan maklumat ini, walaupun mereka itu adalah PA kepada Menteri.

Kakitangan perkeranian tidak mengetahui, sebab slip pendapatan bulan masing-masing diberi dengan sampul surat tertutup.Maklumat ini adalah dari kawan-kawan di Jabatan Audit Negara,Perbendaharaan Malaysia, Bahagian Kabinet Jabatan Perdana Menteriserta serta Bahagian Pentadbiran Kewangan Parlimen Malaysia.

Slip Pendapatan Bulanan bagi Menteri Penuh Malaysia termasuk Ketua-Ketua Menteri

1. Gaji Pokok RM18,000 - sulit untuk public, tidak boleh didedah kpd orang awam (OSA) akhbar ditegah mendedahkannya.Terikat dgn akta Parliment

2. Elaun Keraian RM10,500.00 - tidak sulit, pendedahan harus berhati-hati

3. Elaun Perumahan RM10,800.00 - tidak sulit - pendedahan harus berhati-hati Kebanyakn menteri ada rumah sendiri, jadi tuntutan ini masuk poket mereka sajalah

4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00 - tidak sulit tapi tidak orang semua tahu.

5. Elaun parking RM 5,700.00

Jumlah pendapatan bulanan RM55,650.00 yg wajib terima samada sakit atau tidak kerja

Lain-lain kemudahan

1. Bercuti keluar negara sekali setahun terutama selepas persidangan Dewan Negara- semua perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan termasuk tiket penerbangan,hotel, duit poket sebanyak RM50,000.00. Kalau tidak bercuti keluar negara seorang menteri boleh menuntut sebanyak RM50,000.00 tanpa resit.

2. Bil letrik percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

3. Bil Air percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

4. Bil telefon percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

5. Peruntukan perkakasan dapor/perhiasan rumah dll boleh dituntut setahun sekali sebanyak RM40,000.00

6. Sebuah kereta Mercedes S320, di lengkapi dgn talipon bimbit,satu driver,minyak percuma.Kalau pakai pemandu kementerian,dapatlah duit percuma

7. Semua pemberian derma spt kpd perkahwinan, kematian,atau pemberian kpd badan kebajikan kebajikan boleh dituntut.

8. Boleh mengadakan rumah terbuka setiap hari raya, segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan. Kebiasaan Menteri menuntut sebanyak RM400,000.00

9. Setiap menteri biasanya tuntutan mereka sebanyak RM45,000.00 semua elaun perbelanjaan tidak termasuk elaun-elaun dalam slip pendapatan bulanan.

Slip Pendapatan Bulanan Bagi Timbalan Menteri

1. Gaji Pokok RM15,000 - sulit untuk public,tidak boleh didedah kpd orang awam (OSA) akhbar ditegah mendedahkannya.Terikat dgn akta Parliment

2. Elaun Keraian RM9,500.00 - tidak sulit, pendedahan harus berhati-hati

3. Elaun Perumahan RM9,800.00 - tidak sulit- pendedahan harus berhati-hati Kebanyakn menteri ada rumah sendiri, jadi tuntutan ini masuk poket saja lah poket sendiri

4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00 - tidak sulit

5. Elaun parking RM 5,700.00

Jumlah pendapatan bulanan RM50,650.00 yg wajib terima samada sakit atau tidak hadir bertugas.

Lain-lain hal

Maklumat diatas adalah berdasarkan tangga gaji seorang menteri pada tahun 1999. Saya rasa terdapat sedikit sebanyak perubahan sehingga sekarang. Pendapatan diatas tidak termasuk dari lain-lain sumber seperti berikut:

1. Pengerusi syarikat/lembaga jabatan kerajaan
2. Pengerusi syarikat swasta yg dilantik
3. Pedapatan dari syarikat persendirian spt kontrak dll
4. Pendapatan dari kroni-kroni peribadi
5. Saham yang diberi khas oleh kerajaan sebanyak 300,000 unit setiap masa.
6. Tidak termasuk dari pendapatan luar negara
7. Lain-lain sumber

Oleh yang demikian saya merayu dan menyeru kepada tuan-tuan dan puan-puan sahabat saya yang sedang berkhidmat di Bahagian Kewangan di seluruh Kementerian di Malaysia agar membuat pendedahan masing-masing tentang perkara ini agar seluruh rakyat Malaysia mengetahuai dan dapat menjadi pengajaran kepada mereka semua. Semoga pendedahan ini dapat menyedarkan semua rakyat dan ahli UMNO diseluruh Malaysia terutama sekali yang terperangkap dengan sekilo gula dan sehelai batik. Siapa tahu Slip Gaji Bulanan Perdana Menteri Malaysia !

Saya akan mendedahkannya sedikit masa lagi!!!

OFFICER INCHARGE
Bahagian Kewangan
Jabatan Perdana Menteri
Putera Jaya
Wilayah Persekutuan

Oleh RahsiaPerniagaanPos.Com

Jumaat, 9 Mei 2008

di mana orang melayu?

Di mana boleh cari ramai Melayu
Pastinya di Kelantan dan Terengganu
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu
Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu
Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu

Di Sungai Buloh, pusat pemulihan, dulu di Pudu
Dan di jalan, lumba haram, rempit tak berlampu
Dan di selekoh duit rasuah depa pun sapu
Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan chandu
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
Terkinja-kinja best giler menari macam hantu

Apa hobi orang Melayu
Terkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Atau baca majalah Mastika, Metro pasal cerita hantu
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
Berpusu-pusu pergi tengok pamiran hantu
Sambil makan junk food, kuaci dan muruku

Sibuk bercerita tentang Datuk K dapat bini baru
Apa pakaian Siti nak pakai itu yang nak tahu
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak melayu masih nombor satu
Asal bergaya sanggup makan nasi dan toyu
Boleh tak jumpa mereka di kedai buku

Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
Ada tapi kurang sangat mereka di situ
Kenapa melayu jadi begitu
Nak salahkan siapa ibubapa atau guru
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu
Ayat lazim di mulut ialah Melayu malas selalu
Nak harap Kerajaan saja membantu

Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis-habis gaduh nak jatuh siapa dulu
pasal jambatan senggek atau siapa dia penghulu
Dan suka sanggat dengan budaya ampu mengampu
Sampai bila kita nak tunggu
Bangsa Melayu jadi bangsa yang maju

BOleh! dengan beberapa syarat tertentu
Pertama dengan banyak menguasai ilmu
Kata nabi ikutlah Quran dan sunnah ku
AlQuran yang diturunkan 1400 tahun dahulu
tapi apa yang kita tahu, cuma baca bila nak halau hantu
"


di petik dr tranungkite.net
oleh HanaHumaira

politikus

apa pendapat anda tentang 'politikus' di malaysia?